Friday, May 6, 2016

INGIN BERCUTI DI PULAU LANGKAWI ?


السلام عليكم 

SELAMAT DATANG

Ke Laman

Bercuti Di Pulau Langkawi


Kami amat mengalu-ngalukan kedatangan Tuan-tuan Puan- puan cik-cik, pak cik mak cik ke laman ini, 
Bercuti Di Langkawi. Laman ini dibina bertujuan memberikan info kepada bakal pengunjung Pulau Lagenda ini, pulau yang terkenal dengan sejarah Mahsuri.

Bercuti di Pulau Langkawi ini pastinya menjadi satu percutian yang indah dan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan andai segalanya dirancang sebelum anda sekeluarga menjejakkan kaki ke Pulau Lagenda ini. Ramai yang mengadu, tidak sempat ke mana-mana, dikenakan harga penginapan yang terlalu tinggi tidak sesuai dengan servis, ditipu agen yang apabila tiba di sini tiada pun penginapan atau kenderaan, dan banyak lagi khabar yang tidak seronok didengar. 

Justeru, kami mengambil inisiatif ini, untuk meluangkan sedikit masa untuk memberi info kepada tetamu Pulau Langkawi dari sudut pandang kami, agar segala urusan dipermudahkan, malah anda sekeluarga dan rakan gembira melancong ke Langkawi dan merasa seronok untuk datang lagi. Senarai yang diberikan hanyalah yang kami percaya servisnya.

Sebarang pertanyaan, cadangan dan komen bolehlah diajukan ke email idulhomestay@gmail.com bagi membantu kami untuk membantu sesiapa sahaja yang berhajat untuk melancong ke Pulau Langkawi mengikut bajet dan kehendak semasa Insha Allah. Doakan kami diberi kelapangan masa untuk menjawab segala persoalan kembali samaada dgn balasan email ataupun entry blog ya :)